Saturday, November 07, 2009

PENTAS MALAM SERIBU BINTANG 2009












Dengan menggunakan bahan utama polisterin pentas ini dihasilka.. tambahan lampu menyerikan lagi pentas ini diwaktu malam



Tuesday, October 13, 2009

Arca Timbulan

Arca ini menggunakan "plaster of paris" @ simen putih sebagai bahan utama. Acuan pelbagai bentuk digunakan untuk menghasilkan arca ini. simen perlu dibancuh dengan air dan dimasukan kedalam acuan.. simen yang telah keras dikeluarkan dari acuan dan proses mewarna dilakukan. warna buncho digunakan dan kerja kemasan menggunakan "clear spray".

*(gambar akan dimasukkan kemudian)

penghasilan fosil binatang dengan unsur alam



tulang binatang 1


tulang binatang 2



tulang binatang 3


projek ni menggunakan tepung gandum sebagai tapak dan bahan dari alam semula jadi sebagai reka corak tulang binatang.. pelajar diberi peluang mereka corak tulang binatang mengikut imaginasi mereka. bahan yang di gunakan bebas mengikut rupa dan bentuk yang ingin pelajar hasilkan

Wednesday, August 19, 2009

Garisan, Rupa, Bentuk, Warna, Jalinan dan Ruang Disatukan

Bahan yang diperlukan adalah kertas warna, spray mount dan pisau. Pekara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat lakaran awal atau lakaran kasar garisan. Titik pusat perlu di tentukan untuk memudahkan kerja melakar. lebih banyak titik pusat akan menimbulkan lebih banyak ilusi ruang. kemudian kertas warna ditampal setelah disembur dengan spray mount. lakaran kasar ditampal dibahagian atas sekali supaya mudah proses mengguris dan mengumpil.

Tuesday, August 18, 2009

Mural Selamat Di Jalan

mural dilukis atas papan lapis yang didirikan di hadapan pintu pagar sekolah
logo Mat Selamat yang menjadi ikutan
mematuhi lampu isyarat di kalangan warga sekolah
ahli keluarga juga terlibat secara tidak langsung dalam memberi pendidikan keselamatan jalan raya


pemakaian tali pingang hadapan dan belakang boleh mengelak dari kecelakaan yang teruk


mural ini adalah salah satu penglibatan panitia pendidikan seni dalam pertandingan yang dianjurkan oleh NIPON dan PLUS dalam kempen Selamat Di Jalan. ini merupakan usaha murni dalam memberi pendidikan kepada warga sekolah dan masyarakat setempat.

Monday, August 17, 2009

Melukis dan Bermain untuk kanak-kanak

Klik kat sini dan akan dibawa ke halaman yang membolehkan kanak-kanak mempelajari seni sambil bermain.. cuba la..http://ababasoft.com/how_to_draw/

EDU. Seni Visual

kalau nak mudah dan senang menncari bahan berkaitan dengan seni dan pendidikan masuk
ke laman ini.. semoga berjaya http://eduworld.com.my

Aktiviti Bulan Kemerdekaan


Menghasilkan arca timbulan


polisterin yang telah siap diahasilkan menggunakan teknik luakan dan tampalan






polisterin yang telah diwarnakan





Arca timbulan ini menggunakan polisterin sebagai bahan utama dan pelaka untuk mewarnakannya. Dua teknik digunakan dalam menghasilkan karya ini. Pelajar menggunakan tenik luakan dan juga teknik tambahan. tenik luakan dengan membuang bahagian yang tidak digunakan menggunakan pisau. teknik tambahan dengan menampal bahagian tertentu supaya nampak lebih harmoni. karya mengambil konsep 1 Malaysia sebagai gubahan karya. warna asas digunakan untuk mewarna karya yang telah siap.

KEMERDEKAAN ke 52

Bangunan ini mengingatkan aku kepada 52 tahun kemerdekaan yang telah kita kecapi
lama gak ..huhuhu
erm... ni la bangunan yang menyaksikan sejarah Kemerdekaan Malaysia






nostalgia yang abadi

Sunday, August 16, 2009

Buat sementara ini. Bilik Seni telah ditutup sementara. Panitia Seni sedang membuat kerja-kerja penambahbaikan dan juga pengiraan stok. Pelajar terpaksa menggunakan ruang legar kantin dan juga kelas untuk menjalankan aktiviti. Harap maklum.

PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK SENI

Aktiviti pelajar bukan sahaja berada di dalam Bilik Seni malah di lakukan di luar untuk memberikan suasana yang berbeza



Pelajar melakukan kerja mengikut kesesuaian dan keselesaan




Berada di sekitar pokok-pokok memberikan sumber inspirasi kepada pelajar




Melakukan kerja dalam bentuk kumpulan amat menyeronokan


BILIK SENI MOZAC

Bilik Seni Sek. Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.
Aktiviti di kelas Pend. Seni
Aktiviti di Kelas Pend. Seni

Suasana dalam Bilik Seni

Suasana dalam Bilik Seni


Friday, January 09, 2009

Pendidikan Seni Visual

Hari ni secara rasmi panitia seni membuka blog sendiri. Diharapkan blog ini dapat membantu pelajar dan pihak tertentu. semoga panitia seni akan lebih aktif menggerakkan blog ini..