Friday, January 06, 2012

ASAS SENI

Garisan,Jalinan,Rupa,Bentuk,Ruang,Warna, dan Garisan adalah salah satu elemen seni reka. Ia adalah kesan titik-titik yang berlanjutan dan bertindak sebagai titik yang bergerak, dihasilkan menggunakan alat atau media seni lukis. Garisan terdapat dimana-mana sahaja samada yang terhasil secara semulajadi atau dihasilkan oleh manusia. Garisan mempunyai pelbagai jenis sifat dan identiti yang tersendiri serta memberi pengertian yang berbeza-beza. Jenis-jenis garisan ini juga merujuk kepada sifat-sifat fizikal sesuatu garisan itu seperti kasar, halus, panjang, pendek, lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, putus dan sebagainya. Garisan juga mampu menyatakan sesuatu idea atau perasaan. Ia boleh bersifat statik atau aktif. Garisan menjelaskan secara visual sesuatu objek.Aplikasi pelbagai jenis garisan yang bersesuaian dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan corak serta menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.


Thursday, January 05, 2012

SELAMAT KEMBALI KESEKOLAH.....

SELAMAT KEMBALI KESEKOLAH.....  TAHUN INI SEPERTI BIASA .. PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL AKAN MERANCANG AKTIVITI BERKENAAN P&P  YANG LEBIH BAIK DAN MENARIK... INSYAALLAH....