Tuesday, December 27, 2011

LUKISAN

LUKISAN


1.Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.
2.Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.
3.Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.
4.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti.
5.Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.
6.Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.
7.Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).
8.Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.

SEJARAH LUKISAN

Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.

Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

MEDIA

Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan. Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air. Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum. Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.


TUJUAN PENGHASILAN

Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis. Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya, lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan.

Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat. Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.


JENIS LUKISAN

1.Lukisan Figuratif
Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia

2.Lukisan Fantasi
Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan

3.Lukisan Ilustrasi
Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan kepada audiens.

4.Lukisan Kajian
Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji.
Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci

5.Lukisan Kontour
lukisan yang menerapkan garisan kontur dalam karyanya

6.Lukisan Gesture
a.Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan.
b.Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.
c.Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.

7.Lukisan Teknikal
Menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat.

8.Lukisan Kartun
a. Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartun
b. Digambarkan melalui tema jenaka



ASAS SENI VISUAL

ASAS SENI VISUAL

Pengenalan

Kajian masa silam membuktikan bahawa manusia sentiasa memerlukan seni. Daripada lukisan gua hingga kepada hasil ‘avant-garde’ abad ke 20, berbagai jenis stail telah muncul. Berbagai definisi dan interpretasi telah diwujudkan kepada stail-stail ini, contohnya Neoklasik, Realism, Impressionism, Futurism dan sebagainya. Walau pun penciptaan seni banyak berasaskan masa dan tempat, seni selalu dihasilkan kerana artis mahu menyatakan sesuatu dan menggunakan cara tertentu untuk meluahkannya. Bertahun-tahun artis-artis silih berganti dipuji, diabaikan, disalah ertikan, dan dikritik. Jumlah hasil seni yang telah dihasilkan sekarang adalah berasaskan pencapaian yang telah diperolehi pada masa lalu.

Di Malaysia seni kelihatan begitu terpisah daripada sebahagian besar masyarakat, terutamanya seni tampak. Sungguh pun begitu bilangan orang yang melawat galeri seni telah berlipat ganda. Penjualan catan telah meningkat dan ruang yang dikhaskan untuk seni dalam majalah juga bertambah.

Untuk menghayati seni kita mestilah memulakannya dengan usaha menghapuskan salah faham dan prasangka yang bersemadi di hati pemerhati yang tidak terlatih. Pendedahan mengenai cara-cara menghayati hasil seni yang betul dan logik perlulah diberikan . Orang ramai yang berminat kepada karya seni haruslah diberi kebebasan menggunakan kebolehan mereka sendiri untuk menghadapi karya seni. Tanpa bantuan pihak ke tiga untuk memberitahu apa-apa yang patut mereka lihat, mengapa mereka patut melihatnya, dan apa-apa yang sepatutnya dimaksudkan.

Untuk memperolehi kefahaman kepada berbagai bentuk seni yang wujud hari ini, seseorang perlu memahami asas-asas seni yang dikombinasikan ke dalam hasil kerja seni.

Di bawah ini adalah kandungan pengetahuan asas seni visual

1. Kandungan Seni
2. Rupabentuk dan 7 dasar organisasi
3. Garisan
4. Rupa
5. Nilai
6. Jalinan
7. Warna
8. Ruang
9. Kritikan hasil seni

Monday, December 26, 2011

Mari menganyam bakul


Secara mudah...kami akan tunjukkan langkah demi langkah menganyam

BAKUL  ROTAN







 














http://www.dapat.net/SENI/asasseni1.htm

clik untuk latihan unsur seni..... selamat mencuba

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN STRATEGI BERFIKIR ( KBSB )

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN STRATEGI BERFIKIR ( KBSB )

Pengenalan


Penerapan KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ( PSV ) amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KBSB adalah antara unsur utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat. Modul ini bertujuan memberi pemahaman dan panduan tentang
kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Selepas mengikuti modul ini pendidik :

1. Memahami maksud dan konsep KBSB.
2. Menguasai teknik penerapan KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Menyebarkan konsep dan aplikasi KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. Menyebarkan konsep dan aplikasi KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran kepada guru lain.
5. Membina semangat untuk mendalami aplikasi KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam kehidupan seharian.

Berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masaalah. Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif serta sikap dan nilai dalam minda individu. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan idea. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli.


Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses mengkonsepsikan,  menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBSB secara kritis dan kreatif digunakan.
Kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara misalnya sesuatu objek, soalan yang seringkali timbul di pemikiran anda ialah :

1. Apakah objek itu?
2. Apakah kegunaannya?
3. Bagaimanakah menggunakannya?
4. Adakah ia memberi manfaat?

Apabila anda menyoal dir i sendiri dan mencari jaw apannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jaw apan, anda menggunakan aspek yang berikut :

. Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang objek itu
. Kemahiran - menyoal diri sendir i tentang objek itu
. Sikap / Nilai - keinginan untuk mengetahui tentang objek itu

Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai

PEMBELAJARAN MASTERI

Pengenalan


Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri  murid diber i peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

Modul ini mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

1. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri.
2. Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.

Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa
seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

i. Hasil pembelajaran per lu ditentukan, dan disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.
ii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan mengembirakan.
iii. Keupayaan dan Pencapaian dinilai semasa aktiviti Pembelajaran.
iv. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
v. Semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
vi. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
 
Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru. Antaranya:

1. Kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza
2. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
3. Kemudahan yang ada
4. Masa yang diperuntukan

Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza, guru dapat merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza dan berbagai-bagai bagi memudahkan murid menguasai ilmu yang disampaikan. Dengan merujuk kepada kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan dapat menguasai
ilmu pada kadar kemampuan mereka. Untuk itu, guru seharusnya mengenali murid mereka.

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI

Pengenalan


Pembelajaran akses kendiri merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan mur id mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada murid. Murid belajar sendir i dengan menggunakan akses di baw ah pengaw asan dan bimbingan guru.

Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-masing. PAK menghasilkan murid yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka Pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keper luan, minat, tahap serta gaya masing-masing. Proses pembelajaran ini dapat
memotivasikan murid ke arah sikap kendiri.

PAK memberi latihan secara tidak langsung kepada murid untuk belajar berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. PAK bertujuan melahir kan pelajar yang bertanggungjawab serta berautonomi.

Objektif
1. Memperoleh kemahiran belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.
3. Belajar mengikut keperluan dan gaya pembelajaran sendiri.
4. Mentaksir sendiri pencapaian mereka.
5. Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.
6. Mengenalpasti bahan yang sesuai mengikut kebolehan dan minat masing-masing.


Ciri-ciri
1. Pembelajaran lebih fleksibel, selesa dan tanpa tekanan.
2. Bahan PAK dan bantuan fasilitator mudah diakses.
3. Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas.
4. Kemudahan yang membolehkan murid belajar secara bersendirian atau dalam kumpulan.
5. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan murid.
6. Membolehkan mur id mentaksir pencapaian sendiri.
7. PAK dilaksanakan di bilik atau sudut yang dikhaskan dan pusat mudah alih.


Penekanan
Program PAK memberi penekanan kepada 3 aspek penting.


a) Pembelajaran secara individu
Program pembelajaran yang mengambil kira keperluan dan apa yang diminati murid.

b) Pembelajaran Arah Kendiri
Satu proses pembelajaran di mana murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan belajar bagaimana untuk belajar.

c) Pembelajaran Sendiri
Satu proses pembelajaran yang murid bertanggungjawab sepenuhnya atas semua keputusan berkaitan dengan pembelajarannya. Murid menentukkan sendiri apa yang hendak dipelajari mereka.

ICT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

ICT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


PENGENALAN

Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Penggunaan ICT mestilah dilihat sebagai satu tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan. Penggunaan ICT juga mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komuniksai visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan
media secara manual dalam Pendidikan Seni Visual.

Pendekatan ICT yang terbaik apabila ICT digunakan secara bijak dan terancang mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Persoalan seperti kenapa, perisian apa dan bila ICT perlu digunakan mestilah sesuai dengan keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidian Seni Visual supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan.

ICT dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan teknologi itu sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang member i sokongan kepada mur id, guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kew ajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.

1. Untuk menyediakan w arga pendidik seni visual dalam menghadapi perkembangan ICT masa kini dan akan datang.
2. Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah menjadi salah satu jurusan yang
diminati serta kompetitif di IPT.
3. Sebagai satu tar ikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang lebih mudah, pantas dan berkesan.



TEORI KECERDASAN PELBAGAI

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Pengenalan
Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya How ard Gardner mendapati `seven ways of know ing, preceiving and understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special population). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.

Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.

Objektif
Di akhir modul ini guru boleh:-
i. memahami kepentingan TKP dalam meningkatkan potensi murid; dan
ii. mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan TKP.

TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan definisi How ard Gardner sebagai:-
(a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar;
(b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan
(c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

24


KECERDASAN VERBALLINGUISTIK
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan
boleh meyakini orang lain.

KECERDASANLOGIKMATEMATIK
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat
perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

KECERDASAN VISUAL-RUANG
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea
visual dan ruang secara grafik.

KECERDASAN KINESTETIK
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

KECERDASAN MUZIK
Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah.

KECERDASAN INTRAPERSONAL
Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan bewawasan.

KECERDASAN INTERPERSONAL
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahamiperasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

KECERDASAN NATURALIS
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN GURU

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN GURU

• Menggalak, menghormati idea-idea, menggalakkan fikiran bebas murid dan menerima autonomi serta initiatif murid.
• Membantu murid memperoleh identiti intelek dan memupuk perasaan hak milik (ow nership) mereka sendiri.
• Menggunakan data mentah dan sumber-sumber asas bersama dengan manipulatif-manipulatif, bahan-bahan interaktif dan fizikal.
• Menggunakan terminologi kognitif seperti ‘klasifikasi’,‘analisis’, ‘meramal’ dan ‘mencipta’ dengan berleluasa bila hendak merangkakan sesuatu tugas.
• Membenarkan murid memberi sambutan kepada pelajaran gerakan (drive lesson), mengalik strategi-strategi yang bersifat ajaran atau bimbingan serta mengubah kandungan pelajaran.
• Menggalak murid terlibat dalam dialog dengan guru dan sesama rakan dan membina pengetahuan personal.
• Menggalak murid membuat siasatan melalui soalan-soalan yang penuh dengan fikiran (thoughtful) dan tidak terhad (open-ended) .
• Melibatkan murid dalam pengalaman yang akan mencabar atau bercanggah dengan hipotesis-hipotesis permulaan mereka dan menggalakkan perbincangan serta belajar daripada kesilapan diri.
• Memberi peluang kepada mur id berfikir bagi membina hubungan-hubungan dan mencipta metafora-metafora antara pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada.
• Menekankan pembelajaran berpusatkan murid melalui konsep-konsep pendedahan, ramalan, penyelidikan serta penyiasatan.
• Mencungkil pengetahuan sedia ada murid mengenai sesuatu konsep.
• Pengajaran guru harus diseimbangkan dengan pengetahuan sedia ada murid.

OBJEKTIF DAN KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


Objektif

Selepas menggunakan modul pembelajaran secara konstruktivisme dalam Pendidikan Seni Visual ini guru dapat membantu murid :

1. membina kefahaman dan pengetahuan baru.
2. menyelesaikan masalah berkaitan tugasan melalui kefahaman tentang konstruktivisme.
3. membuat interpretasi berkaitan maklumat yang sedia ada dan maklumat baru diterima.
4. mengaplikasi pengetahuan yang baru dalam kerja seni yang berkaitan.
5. membina kefahaman sendiri dalam pembelajaran seni visual.

Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Berfikir
Dalam proses membina pengetahuan baru, murid berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan.

Faham
Oleh kerana murid terlibat secara langsung dalam mebina pengetahuan baru, mereka akan lebih faham dan
boleh mengapliksikannya dalam semua situasi.

Ingat
Oleh kerana murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep.

Yakin
Murid melalui pendekatan ini membina sendiri kefahaman mereka. Justeru mereka lebih yakin menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

Kemahiran sosial
Kemahiran sosial diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru.

Seronok
Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.

PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

“Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar”.

Pembelajaran secara Konstruktivisme berdasarkan beberapa pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana boleh diperolehi ilmu tersebut. Pembentukan pengetahuan baru lahir daripada gabungan pembelajaran terlebih dahulu. Pembelajaran ini menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri dan menguji dengan menggunakan hippotesishipotesis dan idea-idea baru. Pandangan ini bertolak daripada teori pembelajaran daripada Behaviorisme kepada Kognitivisme dan seterusnya Konstruktivisme. Ciri teori tersebut ditunjukkan seperti di bawah:

Behaviorisme    
• Menekankan tingkahlaku
• Perlakuan boleh dikukuh/dihentikan melalui ganjaran
• Pengajaran berdasarkan objektif perlakuan -boleh diukur
• Pengetahuan sedia ada dan perubahan yang berlaku dalam minda tidak perlu diambil tahu

Kognitivisme

• Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema
• Jika maklumat baru secocok,diterima. Jika tidak maklumat diolah atau dibuat pengubahsuaian skema

Konstruktivisme
• Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

PENGHASILAN SENI VISUAL

Sekolah Menengah



1. Penghasilan Seni Visual

Murid berpeluang mengaplikasikan kefahaman dalam penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka dengan pelbagai alat dan bahan serta teknik. Murid juga dilatih memberatkan pernyataan idea ber kaitan diri, masyarakat dan negara dalam berkarya.

Bidang Penghasilan Seni Visual:

a) Asas Seni Reka
• Unsur Seni
• Prinsip Rekaan
b) Seni Halus
c) Komunikasi Visual
d) Reka Bentuk
e) Kraf Tradisional dan Dimensi Baru

2. Sejarah dan Apresiasi Seni Visual

Bidang ini memberi peluang murid membuat kajian pemahaman terhadap hasil seni dalam budaya tempatan
dan negara lain. Kajian perbandingan boleh dibuat untuk memperlihatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa
melakukan sesi apresiasi dan kritikan seni.

a. Perkembangan Seni Visual di Malaysia
• Seni Halus
• Kraf Tradisional dan Pr ibumi
b. Peralatan
c. Alat Permainan
d. Seni Bina
e. Kenderaan
f. Pakaian
g. Perhiasan
 
 
Sekolah Menengah


1. Penghasilan Seni Visual

Bidang ini memberi peluang mengaplikasikan kefahaman dalam penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka dengan pelbagai teknik.

Bidang Penghasilan Seni Visual:

a) Asas Seni Reka
• Unsur Seni – garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna
• Prinsip Rekaan – harmoni, penegasan, imbangan,kontra,  irama & pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan.
b) Seni Halus – lukisan, catan, arca dan cetakan
c) Komunikasi Visual – reka bentuk grafik dan multimedia.
d) Reka Bentuk – reka bentuk industri, reka bentuk persekitaran (hiasan dalaman dan lanskap)
e) Kraf Tradisional dan Dimensi Baru – tembikar/seramik, batik, ukiran kayu, anyaman, tenunan dan tekat

2. Sejarah dan Apresiasi Seni Visual

a) Perkembangan Seni Visual di Malaysia
• Seni Halus – Gerakan Seni Halus, pelukis, penghasilan dan sumbangan
• Kraf Tradisional dan Pribumi – tokoh, penghasilan dan sumbangan
b) Peralatan – senjata dan domestik
c) Alat Permainan – gasing, w au dan alat muzik tradisional
d) Seni Bina – kediaman, masjid, wakaf, gerbang, makam dan taman
e) Kenderaan – darat, laut atau sungai
f) Pakaian – baju kurung, baju Melayu, baju Kedah, baju Cekak Musang
g) Perhiasan – hiasan kepala, hiasan leher, hiasan tangan, hiasan kaki dan hiasan pinggang

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL


KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Rancangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia telah disusun semula supaya selaras dengan perkembangan terkini terutama yang lebih jelas dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya untuk melengkapkan keilmuan dan kemahiran murid ke aras pencapaian keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi dan juga kepada alam kehidupan selepas persekolahan. Kandungan kur ikulum digubal dengan memastikan keseimbangan penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, beberapa kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif dalam seni visual.

Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu:

1. Perkembangan nilai diri telah dikenalpasti iaitu pendidikan dengan aktif.
2. Penguasan kemahiran dan teknologi buatan serta Penghasilan Seni Visual.
3. Per kembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya menerusi sejarah dan apresiasi seni visual.

Sekolah Menengah


Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Membentuk keperibadian Generasi Malaysia/insan yang:

• Celik budaya/harmonis
• Nilai estetik tinggi
• Imaginatif
• Kritis
• Kreatif
• Inovatif
• Inv entif/produktif

Tingkatkan rasa:

• Kesyukuran
• Hargai keindahan
• Hargai warisan budaya

Menyumbang ke arah pembangunan:

• Diri
• Keluarga
• Masyarakat