Monday, December 26, 2011
OBJEKTIF DAN KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
Objektif
Selepas menggunakan modul pembelajaran secara konstruktivisme dalam Pendidikan Seni Visual ini guru dapat membantu murid :
1. membina kefahaman dan pengetahuan baru.
2. menyelesaikan masalah berkaitan tugasan melalui kefahaman tentang konstruktivisme.
3. membuat interpretasi berkaitan maklumat yang sedia ada dan maklumat baru diterima.
4. mengaplikasi pengetahuan yang baru dalam kerja seni yang berkaitan.
5. membina kefahaman sendiri dalam pembelajaran seni visual.
Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Berfikir
Dalam proses membina pengetahuan baru, murid berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan.
Faham
Oleh kerana murid terlibat secara langsung dalam mebina pengetahuan baru, mereka akan lebih faham dan
boleh mengapliksikannya dalam semua situasi.
Ingat
Oleh kerana murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep.
Yakin
Murid melalui pendekatan ini membina sendiri kefahaman mereka. Justeru mereka lebih yakin menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
Kemahiran sosial
Kemahiran sosial diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru.
Seronok
Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment