Monday, December 26, 2011

PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

“Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar”.

Pembelajaran secara Konstruktivisme berdasarkan beberapa pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana boleh diperolehi ilmu tersebut. Pembentukan pengetahuan baru lahir daripada gabungan pembelajaran terlebih dahulu. Pembelajaran ini menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri dan menguji dengan menggunakan hippotesishipotesis dan idea-idea baru. Pandangan ini bertolak daripada teori pembelajaran daripada Behaviorisme kepada Kognitivisme dan seterusnya Konstruktivisme. Ciri teori tersebut ditunjukkan seperti di bawah:

Behaviorisme    
• Menekankan tingkahlaku
• Perlakuan boleh dikukuh/dihentikan melalui ganjaran
• Pengajaran berdasarkan objektif perlakuan -boleh diukur
• Pengetahuan sedia ada dan perubahan yang berlaku dalam minda tidak perlu diambil tahu

Kognitivisme

• Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema
• Jika maklumat baru secocok,diterima. Jika tidak maklumat diolah atau dibuat pengubahsuaian skema

Konstruktivisme
• Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

No comments: