Pengenalan
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diber i peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.
Modul ini mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
1. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri.
2. Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.
Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa
seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.
i. Hasil pembelajaran per lu ditentukan, dan disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.
ii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan mengembirakan.
iii. Keupayaan dan Pencapaian dinilai semasa aktiviti Pembelajaran.
iv. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
v. Semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
vi. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru. Antaranya:
1. Kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza
2. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
3. Kemudahan yang ada
4. Masa yang diperuntukan
Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza, guru dapat merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza dan berbagai-bagai bagi memudahkan murid menguasai ilmu yang disampaikan. Dengan merujuk kepada kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan dapat menguasai
ilmu pada kadar kemampuan mereka. Untuk itu, guru seharusnya mengenali murid mereka.
No comments:
Post a Comment