Monday, December 26, 2011

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI

Pengenalan


Pembelajaran akses kendiri merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan mur id mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada murid. Murid belajar sendir i dengan menggunakan akses di baw ah pengaw asan dan bimbingan guru.

Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-masing. PAK menghasilkan murid yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka Pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keper luan, minat, tahap serta gaya masing-masing. Proses pembelajaran ini dapat
memotivasikan murid ke arah sikap kendiri.

PAK memberi latihan secara tidak langsung kepada murid untuk belajar berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. PAK bertujuan melahir kan pelajar yang bertanggungjawab serta berautonomi.

Objektif
1. Memperoleh kemahiran belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.
3. Belajar mengikut keperluan dan gaya pembelajaran sendiri.
4. Mentaksir sendiri pencapaian mereka.
5. Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.
6. Mengenalpasti bahan yang sesuai mengikut kebolehan dan minat masing-masing.


Ciri-ciri
1. Pembelajaran lebih fleksibel, selesa dan tanpa tekanan.
2. Bahan PAK dan bantuan fasilitator mudah diakses.
3. Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas.
4. Kemudahan yang membolehkan murid belajar secara bersendirian atau dalam kumpulan.
5. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan murid.
6. Membolehkan mur id mentaksir pencapaian sendiri.
7. PAK dilaksanakan di bilik atau sudut yang dikhaskan dan pusat mudah alih.


Penekanan
Program PAK memberi penekanan kepada 3 aspek penting.


a) Pembelajaran secara individu
Program pembelajaran yang mengambil kira keperluan dan apa yang diminati murid.

b) Pembelajaran Arah Kendiri
Satu proses pembelajaran di mana murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan belajar bagaimana untuk belajar.

c) Pembelajaran Sendiri
Satu proses pembelajaran yang murid bertanggungjawab sepenuhnya atas semua keputusan berkaitan dengan pembelajarannya. Murid menentukkan sendiri apa yang hendak dipelajari mereka.

No comments: